Langkau ke kandungan utama

Hutang tertunggak RM3,200, caj tarik kereta RM16,000

KUALA LUMPUR — Sebuah syarikat pemberi pinjaman wang berlesen didakwa mengenakan caj tidak munasabah untuk kos tarik kenderaan ke atas seorang peminjam yang gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan kenderaan berkenaan.

Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mangsa tampil membuat aduan berhubung kejadian itu yang dianggap sebagai satu bentuk penganiayaan atas pelbagai caj melampau yang dikenakan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata mangsa dikenakan caj hampir RM14,000 untuk proses menarik dan menyimpan kereta yang tertunggak bayaran ansuran sebanyak RM3,200.

"Menerusi dokumen Jadual Kelima yang diserahkan syarikat ini kepada mangsa, dinyatakan tunggakan dan faedah yang perlu dibayar hampir RM3,300 sahaja.

"Bagaimanapun, dalam Jadual Kelima itu kita dapati syarikat ini mengenakan caj keseluruhan RM13,500 untuk kos menyimpan, membaiki atau penyelenggaraan (RM5,000), kos untuk pengambilan semula milikan (RM5,000) dan kos untuk menghantar semula (RM3,500).

"Secara keseluruhan, mangsa perlu menjelaskan kira-kira RM16,760 jika mahu mendapatkan kenderaannya semula. Jumlah ini jelas tidak munasabah dan tidak masuk akal. Ini satu penganiayaan kepada mangsa," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati tempoh bayaran yang tertunggak belum sampai tiga bulan dan mangsa sudah membuat bayaran 85 peratus jumlah pinjaman yang dibuat untuk tempoh tujuh tahun itu.

Sementara itu, mangsa yang enggan dikenali berkata kejadian itu berlaku pada 31 Mac lalu ketika kereta itu sedang dipandu isterinya di hadapan sebuah sekolah di Jalan Kuching di sini.

"Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari ketika isteri mengambil tiga anak pulang dari sekolah sebelum didatangi dua lelaki yang secara agak agresif memberitahu mahu menarik kereta.

"Isteri menelefon saya dan saya sempat berbincang dengan lelaki berkenaan kira-kira setengah jam melalui telefon namun mereka tetap mahu menarik kereta berkenaan," katanya.

Menurut mangsa yang berusia 37 tahun itu, beliau gagal menjelaskan bayaran bulanan kereta itu selama dua bulan akibat masalah kewangan.

"Susah bila tiada kenderaan terutama untuk hantar dan ambil anak sekolah. Justeru, pada hari sama (31 Mac), saya jelaskan bayaran tertunggak serta lebihkan bayaran sebanyak RM3,600 kepada syarikat itu.

"Namun apabila syarikat itu serahkan Jadual Kelima, saya dapati caj untuk kos-kos yang dikenakan amat tinggi menyebabkan saya mengambil keputusan tidak membuat bayaran selanjutnya.

"Saya kemudian tampil buat aduan kepada PPIM kerana pada justifikasi saya, caj untuk kos menyimpan, membaiki atau penyelenggaraan; kos pengambilan semula milikan dan kos menghantar semula itu terlalu tinggi," katanya.

Dalam pada itu, katanya jumlah pinjaman kenderaan yang dibuat dengan syarikat itu juga sudah 85 peratus dilunaskan sejak enam tahun lalu untuk tempoh pinjaman selama tujuh tahun.

"Pada hari kejadian, penarik kereta hanya serahkan surat arahan tarik dari syarikat itu namun tiada surat perintah mahkamah sedangkan untuk pinjaman yang sudah melebihi 75 peratus, perlu ada arahan mahkamah.

"Justeru, saya rasa ada unsur penganiayaan dalam perkara ini membuatkan saya buat aduan kepada PPIM kerana tidak mahu perkara ini turut berlaku kepada orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Nadzim berkata pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mengeluarkan lesen kepada syarikat peminjam wang berkenaan.

"Kita mahu tahu apa justifikasi caj atas kos-kos yang dikenakan dalam kes ini, adakah syarikat sebegini sesuka hati menetapkan caj-caj berkenaan dan sepatutnya KPKT memantau dan mengawal selia perkara itu.

"Selain itu, kita juga akan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada syarikat pemberi pinjaman wang terbabit selain mengadakan perbincangan tentang perkara ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...