![]() |
Sebuah pesawat pejuang F-16 Israel berlepas dari pangkalan tentera udara di utara Israel. (Foto fail AP) |
DAMSYIK — Dua orang awam Syria terbunuh dalam serangan udara Israel pada Selasa, lapor media kerajaan, serangan keempat seumpama itu ke atas kawasan dikuasai kerajaan di negara dilanda perang itu dalam tempoh kurang seminggu.
“Pada 00:15 (2115 GMT Isnin) musuh Israel melakukan serangan udara...dan serangan itu mengakibatkan kematian dua orang awam,” kata agensi berita negara SANA, memetik sumber tentera.
Serangan itu datang dari arah "Golan Syria yang diduduki, menyasarkan beberapa titik di sekitar Damsyik dan wilayah selatan," katanya, sambil menambah bahawa pertahanan udara memintas "sebahagian besar" peluru berpandu.
Sepanjang lebih sedekad perang saudara di Syria, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas wilayah Syria, terutama menyasarkan tentera disokong Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria.
SANA sebelum ini melaporkan "letupan kedengaran di sekitar Damsyik."
Pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights memberikan angka kematian yang sama. AN