Langkau ke kandungan utama

Budak perempuan tujuh tahun rentung dalam kebakaran


GEORGETOWN — Budak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kebakaran membabitkan tiga rumah kampung di Jalan Paya Terubong, Kampung Pisang, Air Itam, di sini, malam tadi.

Mangsa, G Sri Laavanya, ditemukan rentung manakala wanita berusia 50 tahun yang juga nenek mangsa, cedera pada tangan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, TS Zulfahmi Sutaji, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.19 malam.

Katanya, sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dan Jalan Perak bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat dengan dibantu 50 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Bukit Bendera, Bagan Ajam, Jalan Perak, Padang Lalang serta Air Itam.

"Setiba di tempat kejadian, api didapati marak membakar tiga rumah kampung yang berkedudukan rapat di antara satu sama lain.

"Berdasarkan maklumat awal, dipercayai seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terperangkap dalam rumah berkenaan dan api dapat dikawal pada jam 12.45 pagi.

"Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan tiada laluan masuk bagi jentera ke lokasi selain menggunakan hos sejauh 150 meter dari jalan utama ke kawasan kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi.

Zulfahmi berkata, pasukan penyelamat kemudian menemukan mayat kanak-kanak itu dalam keadaan mengiring dan rentung sepenuhnya kira-kira lapan meter dari pintu utama rumah berkenaan.

Katanya, kanak-kanak itu dipercayai terperangkap di bilik tidur berdasarkan terdapat katil berhampiran mangsa.

"Kanak-kanak itu dipercayai panik dan dalam keadaan asap tebal, mangsa cuba lari sama ada ke bilik air atau ke jalan keluar berhampiran namun siasatan kemudian akan menentukan puncanya," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan manakala mayat kanak-kanak itu diserah kepada polis sebelum dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

"Punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan dan operasi tamat pada jam 1.23 pagi," katanya.

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi lokasi kejadian berikutan datuk dan nenek serta ahli keluarga meratapi nasib yang menimpa kanak-kanak itu.

Kepantasan pasukan penyelamat mengawal kebakaran juga mengelak api daripada merebak ke rumah berhampiran yang berkedudukan rapat. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...