RIYADH — Perkhidmatan bas elektrik baharu menghubungkan lapangan terbang Madinah dan Masjid Nabawi telah dirasmikan oleh gabenor wilayah itu Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz, lapor Agensi Akhbar Saudi pada Khamis.
Perkhidmatan ini mempunyai kecekapan operasi yang tinggi, membolehkannya menempuh jarak 250 kilometer dengan sekali cas melalui trek khusus menghubungkan kedua-dua tapak. Trek itu sepanjang 38 kilometer.
Perkhidmatan baharu itu dijadualkan menyediakan lebih daripada 16 perjalanan setiap hari dalam tempoh 18 jam dan menampilkan sistem penyaman udara termaju, skrin paparan yang menunjukkan butiran perjalanan dan tempat duduk yang diperuntukkan untuk orang berkeperluan khas.
Perkhidmatan itu dijangka menyertai armada Bas Madinah, diselia oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Al-Madinah, dan akan meningkatkan perkhidmatan yang diterima oleh penduduk dan pengunjung Madinah. Ia juga akan mengurangkan pencemaran. AN