Langkau ke kandungan utama

Anak Hamzah Zainuddin didakwa kemuka dokumen palsu, memiliki minyak masak lebih had

SEREMBAN — Dua pengarah syarikat termasuk anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Faisal Hamzah, 39 dan Azizul Abdul Halim, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Mazni Nawi selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd sebagai pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak masak telah memberikan maklumat palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan mengemukakan dokumen atau maklumat yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung Dokumen / Invoice Penjualan Minyak Masak kepada Pasar Segar Din Maju.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang jam 5 petang di pejabat KPDN, Seremban 2, pada 12 Ogos 2022.

Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22 (2) akta sama.

Tertuduh juga selaku pemegang lesen borong juga telah didapati melanggar Peraturan 9 (1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan berjadual jenis minyak masak melebihi had 50.00 MT.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.15 malam di Premis Perniagaan Rimba Merpati Sdn Bhd di Kawasan Industri Sinar Andalas , Senawang, di sini pada 11 Ogos 2022.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama seksyen 22 (4) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Mohd Sophian Zakaria tidak menawarkan jaminan, namun jika mahkamah mahu memberikan jaminan, dia memohon menetapkan satu nilai jaminan tinggi dengan mengambil kira jumlah pertuduhan.

Mohd Sophian berkata, kes itu membabitkan barang kawalan minyak masak yang mana ia adalah kes berkepentingan awam.

"Seperti semua maklum yang kerajaan amat memberi penekanan terhadap makanan seperti minyak masak yang menjadi krisis di negara kita," katanya.

Peguam Qurratu 'Aini Zafirah Mat Shoib yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu mahkamah tidak terpengaruh dengan jumlah pertuduhan terhadap tertuduh yangbelum lagi dibuktikan bersalah di mahkamah.

Katanya, wang jaminan tidak boleh bersifat berlebihan kerana boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan serta tidak mengikut prinsip undang-undang.

"Tertuduh juga telah beri kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat semasa siasatan dijalankan dan ini juga merupakan kali pertama tertuduh didakwa di mahkamah.

"Tiada risiko untuk Muhammad Faisal melarikan diri kerana dia menetap di Ampang Selangor bersama isteri yang sedang sarat mengandung serta tiga anak manakala Azizul pula tidak lagi bekerja dan mempunyai 10 anak yang empat daripadanya masih bersekolah.

Tambahnya kedudukan ekonomi kedua-dua tertuduh juga perlu diambil kira.

Mahkamah menetapkan jaminan bagi setiap tertuduh RM40,000 dan sebutan semula kes untuk serahan dokumen 7 Jun ini. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...