Langkau ke kandungan utama

Amelia Henderson diarah bayar lebih RM200,000 kepada A Aida


Mahkamah Sesyen Sivil mengarahkan Amelia (kiri) membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan A Aida. 

KUALA LUMPUR — Mahkamah Sesyen Sivil hari ini mengarahkan pelakon, Amelia Henderson membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.

Hakim, Zulqarnain Hassan juga memutuskan supaya pelakon itu atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28, memohon maaf dan memadam video di Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan saman dikemukakan syarikat terbabit terhadap Amelia berhubung isu kontrak sebuah drama, Sekali Lagi Cinta Kembali, tahun lalu.

"Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah berpuas hati plaintif (syarikat itu) berjaya membuktikan tuntutan. Justeru, mahkamah membenarkan permohonan pada penyata tuntutan dan bayaran pertama RM3,920 dipulangkan kepada plaintif dibenarkan dan faedah lima peratus daripada bayaran itu.

"Ganti rugi am fitnah dibenarkan RM90,000 dan injunksi mengenai fitnah dibenarkan. Defendan pertama (Amelia) memadam video dan meminta maaf kepada plaintif dibenarkan.

"Defendan pertama dan defendan kedua (pelakon, Idris Khan yang setuju selesaikan kes saman itu di luar mahkamah) secara bersama dituntut bayar RM202,650. Hanya dibenarkan RM101,325 saja (kos penggambaran drama yang perlu dibayar Amelia).

"Ganti rugi teladan dan teruk tidak dibenarkan. Faedah lima peratus daripada RM202,650 dan dibenarkan lima peratus daripada RM101,325, selain kos dibenarkan RM18,000," katanya.

Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk Datuk A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 53 dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.

Ketika perbicaraan, pengurus produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad, 42, memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.

Namun, Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika menerima tawaran untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Amelia dan Idris berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.

A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin dilaporkan sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...