KAHERAH — Agensi Operasi Perdagangan Maritim Britain (UKMTO) telah menerima laporan mengenai sebuah kapal diserang di selatan bandar pantai Yaman Nishtun, katanya pada Jumaat.
Tembakan dilepaskan ke arah kapal itu, kata agensi itu dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa tiga bot, setiap satu dengan tiga atau empat orang di dalamnya, turut dilihat. Reuters