Langkau ke kandungan utama

4 lelaki guna kelengkapan komunikasi tak diperakui MCMC didenda RM150,000

KUALA LUMPUR — Mahkamah Sesyen hari ini mendenda RM150,000 terhadap empat lelaki kerana menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Hakim, N Priscilla Hemamalini, membuat keputusan itu selepas Chua Vi Vern, 32; Lu En Ci, 25; Liew Kok Chun, 28 dan Kitmikael, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Vi Vern didenda RM60,000 kerana didakwa dengan dua pertuduhan, manakala tiga lagi lelaki masing-masing didenda RM30,000 atas satu pertuduhan.

Mahkamah turut mengarahkan lelaki terbabit sebagai orang kena saman (OKS) dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, semua lelaki itu menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui mengikut Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu 52 unit Sim Box tiada jenama dan model.

Penggunaan kelengkapan komunikasi itu di dua residensi dan sebuah kondominium di Kuchai Lama, di sini, pada 25 November 2021 dan 19 Januari 2022.

Kesalahan mengikut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 serta Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan sama.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, semua OKS yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum dan tidak dikenakan hukuman penjara.

Ada antara mereka yang memberi alasan tidak mampu membayar denda tinggi, perlu menyara keluarga dan bapa menghidap angin ahmar.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nazhzilah Mohammad Hashim, berkata hukuman wajar mengambil kira faktor kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi.

"Mahkamah perlu mempertimbangkan hukuman yang setimpal, berbentuk pengajaran dan konsisten supaya OKS tidak mengulangi kesalahannya serta memberi mesej jelas kepada masyarakat mengenai keseriusan kesalahan.

"Ingin saya menarik perhatian mahkamah bahawa trend denda atas kesalahan sama adalah antara RM5,000 hingga RM7,000," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...