Langkau ke kandungan utama

4 curi kabel telekomunikasi ditahan

KOTA KINABALU — Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Filipina kerana disyaki terbabit kes curi kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di bandar raya ini membabitkan kerugian RM51,500.

Keempat-empat suspek ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi beberapa siri serbuan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata pihaknya menerima dua laporan kes curi kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Kebajikan dan Jalan Rampayan, Manggatal, pada 13 dan 14 April lalu dengan anggaran kerugian RM51,500.

Katanya, hasil daripada maklumat yang diperoleh, pada 5 pagi Jumaat lalu, di tepi jalan kawasan penempatan Telipok, pihaknya menahan dua lelaki warga tempatan.

"Kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan kerana dipercayai pencuri kabel dan susulan penahanan itu, polis merampas barang kes dalam simpanan suspek iaitu kabel perak serta tembaga yang sudah dibakar untuk tujuan dijual bagi mendapatkan wang.

"Hasil pengakuan dan pendedahan kedua-dua suspek, membawa anggota polis ke tempat pembeli hasil kabel curi berkenaan di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan penempatan Telipok iaitu tempat mereka menjual hasil kabel/tembaga yang dicuri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki warga Filipina iaitu pekerja di premis berkenaan.

"Hari yang sama, kira-kira jam 12 tengah hari, bertempat di kawasan semak berhampiran Jalan Kebajikan, polis sekali lagi berjaya menangkap seorang lagi suspek warga Filipina dipercayai terbabit dalam kes curi kabel.

"Rakan sejenayahnya berjaya melarikan diri. Turut dirampas barang kes iaitu beberapa gulung kabel yang sudah dipotong serta beberapa peralatan yang digunakan oleh suspek untuk melakukan kegiatan curi kabel," katanya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 431A dan 379 Kanun Keseksaan," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...