Langkau ke kandungan utama

24 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro sempena haji

KUALA LUMPUR — Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menghantar 24 kakitangannya buat kali ke-10 ke Arab Saudi bagi menyokong operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro (Makkah Metro) sepanjang musim haji tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor, berkata semua wakil daripada ERL dan anak syarikatnya, ERL Maintenance Support Sdn Bhd (E-MAS) itu dipinjamkan untuk tempoh dua bulan setengah bagi membantu operasi dan pengurusan sembilan stesen.

"Kami berbesar hati diberi kepercayaan sekali lagi oleh China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) Arab Saudi untuk memastikan perkhidmatan kereta api berjalan lancar dari aspek pengurusan stesen dan bilik kawalan operasi.

"Pasukan tahun ini mengandungi empat pegawai kanan berpengalaman yang akan dipinjamkan buat kali kelapan.

"Kami juga menghantar enam anggota pasukan baharu yang akan menyertai operasi ini buat kali pertama. Ia pasti menjadi pengalaman pembelajaran yang hebat untuk mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noormah berkata, Makkah Metro membabitkan sistem kereta api 18 kilometer yang menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina, selain beroperasi hanya tujuh hari dalam setahun bagi mengangkut jemaah ketika minggu puncak haji.

"Sistem Makkah Metro dikatakan mempunyai kapasiti tertinggi di dunia, dengan 12 gerabak dalam setiap set kereta api yang boleh membawa 3,000 penumpang pada setiap perjalanan atau lebih 72,000 penumpang sejam bagi setiap arah," katanya

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, inisiatif yang diambil ERL untuk memperluas perkhidmatannya ke luar negara mencerminkan standard dan keupayaan yang tinggi untuk bersaing pada peringkat global. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...