Langkau ke kandungan utama

2 anggota polis tak mengaku salah rompak wanita Indonesia


(Foto hiasan)

MELAKA — Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap wanita warga asing dan memiliki pasport mangsa tanpa kebenaran sah, minggu lalu.

Tertuduh, TS Praveen, 31; dan Muhammad Safri Idris, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan meminta dibicarakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan terhadap warga Indonesia dikenali sebagai Anisa dan mengambil gelang tangan warna kuning, pasport keluaran Indonesia serta kad juruwang automatik (ATM) Hong Leong Bank mangsa membabitkan kerugian RM1,800.

Kesalahan itu dilakukan antara jam 10 malam hingga jam 11.30 malam di sebuah hotel bajet di Plaza Mahkota di Melaka Tengah pada 3 April lalu dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa secara bersama tanpa kuasa sah dalam milikan mereka pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri dikeluarkan bagi penggunaan seseorang iaitu milik Anisa.

Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Kota Melaka, di sini, pada masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(1)(1) Akta Pasport 1966 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tidak mengganggu mangsa.

Peguam Andrew Lourdes bagaimanapun merayu jaminan rendah dengan alasan kedua-dua anak guamnya adalah anggota polis dan berkhidmat selama tujuh tahun.

Katanya, ayah Praveen adalah pesara polis yang berkhidmat selama 41 tahun, manakala isteri Muhammad Safri juga anggota polis dan pasangan itu mempunyai seorang anak berusia tiga bulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang berserta syarat melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan sehingga kes selesai dan 23 Mei depan ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...