Langkau ke kandungan utama

1MDB: Pras Michel disabitkan kesalahan dalam konspirasi pengaruh asing, terbabit dengan Jho Low

WASHINGTON — Pras Michel, ahli pengasas kumpulan hip-hop AS Fugees, disabitkan bersalah kerana terbabit dalam konspirasi berjuta-juta dolar membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bertujuan mempengaruhi Rumah Putih di bawah dua pentadbiran selain kerana bekerja sebagai ejen untuk China.

Penyanyi rap berusia 50 tahun itu dengan nama kelahirannya Prakazrel Michel, disabitkan kesalahan oleh juri persekutuan pada Rabu atas peranannya dalam skim yang membabitkan Jho Low yang masih dalam buruan pihak berkuasa.

Low, seorang ahli perniagaan Malaysia, dituduh oleh Jabatan Kehakiman pada 2018 menggelapkan berbilion-bilion daripada dana 1MDB milik dan dikawal kerajaan Malaysia.

Berbilion dolar dicuri dari Malaysia dalam skandal 1MDB melalui rasuah dan pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa yang menyaksikan bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dipenjarakan.

Pendakwa raya berkata, Michel, di bawah arahan Low, bersubahat dengan pihak lain untuk melobi pentadbiran bekas Presiden Donald Trump supaya menggugurkan kes terhadap Low pada 2017.

Michel memainkan peranan penting dalam konspirasi meluas untuk mempengaruhi pegawai tinggi kerajaan secara tidak wajar, termasuk presiden Amerika Syarikat dan peguam negara ketika itu, kata Ejen Khas Bertanggungjawab iaitu Harry Lidsk dari Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

Mereka juga berkata, Michel yang bertindak di bawah arahan Kementerian Keselamatan Awam China, cuba meminta seorang penentang China dihantar pulang ke negara Asia itu.

Michel akhirnya didakwa atas tuduhan melanggar undang-undang kewangan kempen kerana bersubahat dengan Low untuk menyalurkan wang Malaysia dalam kempen pilihan raya presiden 2012 bagi seorang calon yang tidak dinamakan.

Pendakwa raya persekutuan berkata, Michel menerima wang itu daripada Low, yang kemudiannya disumbangkan melalui 20 penderma politik.

Kedua-dua orang itu, melalui gerak kerja mereka, memaksa jawatankuasa pengumpulan dana bersama presiden dan jawatankuasa perbelanjaan bebas untuk mengemukakan laporan palsu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan.

Defendan dengan beraninya bersubahat untuk membantu seorang warga asing mencuci berjuta-juta dolar dalam sumbangan kempen tidak sah untuk pilihan raya presiden AS 2012, kata Penolong Pengarah Luis Quesada daripada Bahagian

Siasatan Jenayah FBI dalam satu kenyataan pada Rabu.

Michel adalah antara empat orang yang didakwa berkaitan skim untuk mempengaruhi pentadbiran Trump supaya menggugurkan kes terhadap Low, dengan pengumpul utama dana Trump Elliott Broidy mengaku bersalah terhadap peranannya dalam skim itu pada 2020, ahli perniagaan AS Nickie Mali Luma Davis mengaku bersalah pada tahun yang sama dan bekas kakitangan Jabatan

Kehakiman George Higginbotham mengaku bersalah pada 2018.

Michel disabitkan pada Rabu atas 10 pertuduhan termasuk konspirasi, gangguan saksi dan berkhidmat sebagai ejen tidak berdaftar bagi kuasa asing.

Hukuman masih belum dijadualkan, tetapi dia berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Seperti yang dibuktikan dalam perbicaraan, defendan terbabit dalam konspirasi meluas untuk menggunakan berjuta-juta dolar dana asing untuk terbabit dalam melobi secara haram dan membuat sumbangan kempen yang menyalahi undang-undang, kata Penolong Peguam Negara Kenneth Polite Jr dari Jabatan Kehakiman.

Keputusan hari ini menunjukkan bahawa sesiapa yang terbabit dalam usaha tajaan asing yang menyalahi undang-undang untuk mempengaruhi pegawai Amerika, pilihan raya atau sistem keadilan jenayah akan dibawa ke muka pengadilan. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...