![]() |
Kejadian berlaku jam 12.58 tengah hari dengan mangsa yang berusia 82 tahun itu masih tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata pemandu MPV jenis Nissan Grand Livina iaitu wanita berusia 43 tahun turut cedera dengan lebam pada dada kiri serta peha sebelah kiri.
"Siasatan awal mendapati MPV dipandu wanita itu dari arah Serting Ulu menghala Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri, sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan melanggar sebuah rumah ketika melalui jalan di Kilometer 40 Jalan Peradong.
"Akibat kejadian itu, warga emas yang berada di dalam rumah mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi. BH