![]() |
(Foto bomba) |
NILAI — Seorang wanita maut, manakala lima yang lain parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 15.1 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah Selatan dekat Kampung Batang Benar, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin, Penolong Penguasa Bomba, Priscilla Carol Thomas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.21 petang.
"Kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu dua kereta jenis Toyota Wish dan Perodua Myvi, selain sebuah treler dan sebuah lori pasir 10 tan.
"Terdapat enam mangsa berada dalam Toyota Wish termasuk wanita yang meninggal dunia, manakala lima yang lain mengalami kecederaan parah," katanya, hari ini. BH