Langkau ke kandungan utama

Umat Islam di Malaysia dan Singapura mula puasa 23 Mac


KUALA LUMPUR — Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok, 23 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Rabu lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, menerusi satu kenyataan, menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. Demikian menurut laporan BH memetik Bernama.

Sementara itu, Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir menerusi kenyataan disiarkan di laman Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga mengisytiharkan awal Ramadan di negara itu pada 23 Mac 2023.

"Mengikut kiraan hisab yang berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan berada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 38 minit.

"Suka saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan tahun 1444H bermula esok, Khamis bersamaan 23 Mac 2023.

"Izinkan saya mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan mulia Ramadan. Semoga bulan ini mendatangi kita dengan keamanan, keimanan dan keselamatan serta dapat kita laksanakan apa yang disukai dan diredhai Allah SWT," katanya.

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Menteri pendidikan Serbia letak jawatan kerana tembakan di sekolah

BELGRADE — Menteri Pendidikan Serbia Branko Ruzic meletak jawatan pada Ahad berikutan kejadian tembakan minggu lalu di sebuah sekolah rendah di mana lapan kanak-kanak dan seorang pengawal keselamatan terbunuh, di tengah-tengah kemarahan orang ramai mengenai perkara itu dan satu lagi tembakan besar-besaran hanya sehari kemudian. Negara itu terkejut dan berduka atas dua tembakan; pembunuhan beramai-ramai di sekolah di ibu negara pada Rabu dan amuk di luar bandar pada Khamis yang mengakibatkan lapan orang maut. Suspek dalam kedua-dua kes - masing-masing seorang lelaki berusia 13 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun - berada dalam tahanan. Parti pembangkang, yang menyalahkan kerajaan Perdana Menteri Ana Brnabic kerana gagal menghalang dua amuk itu, telah menyeru penyokong untuk menyertai perarakan antikerajaan pada petang Isnin di Belgrade. Mereka antara lain menuntut peletakan jawatan Ruzic. “Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dibesarkan dengan baik, se...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...