![]() |
Sekuntum bunga terapung di Laut Mediterranean, dilemparkan orang yang menamatkan perarakan bantahan di pantai di tapak kapal karam pada 11 Mac 2023 di Steccato di Cutro, wilayah Calabria. (AFP) |
ROME — Tiga puluh orang hilang dan 17 diselamatkan di tengah Mediterranean pada Ahad selepas bot dinaiki mereka dari Libya terbalik dalam cuaca buruk, kata pengawal pantai Itali.
Operasi menyelamat sedang dijalankan, dibantu kapal dagang dan sokongan udara oleh agensi sempadan EU Frontex manakala dua lagi kapal dagang sedang dalam perjalanan ke kawasan itu, kata pengawal pantai dalam satu kenyataan.
Terdahulu pada Ahad, badan amal Mediterranea Saving Humans menulis tweet bahawa menurut beberapa sumber, kapal itu dalam perjalanan ke arah Itali, terbalik kira-kira 110 batu di barat laut Benghazi.
Alarm Phone, sebuah lagi badan amal yang menerima panggilan daripada kapal pendatang yang dalam kesusahan, berkata di Twitter ia mula-mula memaklumkan pihak berkuasa pada Sabtu, menekankan bot itu, yang membawa 47 orang, memerlukan penyelamatan segera.
Selepas percubaan menyelamat awal oleh kapal dagang gagal akibat cuaca buruk, pihak berkuasa Libya meminta bantuan Rom memandangkan mereka tidak mempunyai cara untuk melakukan penyelamatan, kata pengawal pantai dalam kenyataan itu.
Rom kemudian meminta kapal dagang di kawasan itu untuk menyertai usaha menyelamat. Bagaimanapun, kapal pendatang itu terbalik semasa cubaan memindahkan orang ramai ke kapal dagang "FROLAND" pada pagi Ahad, katanya. AN memetik Reuters