Langkau ke kandungan utama

Tiada lagi pelepasan cukai untuk caruman SSPN

KUALA LUMPUR — Mulai Tahun Taksiran 2023, pembayar cukai yang mencarum dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu hingga RM8,000.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata perkara itu selaras keputusan kerajaan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN susulan pelbagai alasan.

"Kerajaan sebelum ini, memang beri potongan cukai kepada pencarum SSPN sebagai galakan, terutama kepada ibu bapa untuk mencarum bagi pendidikan anak mereka dengan kemudahan ini disambung beberapa kali hingga 2022.

"Namun, ia dihentikan tahun ini. Kalau simpan (SSPN) tahun ini, tiada potongan cukai atau 'relief' pada tahun hadapan. Keputusan ini dibuat kerajaan atas dasar dan keadaan bersesuaian," katanya pada sidang media hari ini.

Ditanya kemungkinan pencarum berhenti mencarum susulan perkembangan itu, beliau berkata, pihaknya akan menyampaikan pandangan orang ramai kepada kerajaan bagi memastikan dasar berkenaan selari dengan keperluan rakyat.

"Ini (cadangan untuk mengkaji semula keputusan menghentikan insentif berkenaan) adalah di pihak rakyat. Kalau mahu lihat semula (pemotongan cukai) dan sebagainya, ia perlu datang daripada rakyat.

"Di peringkat LHDN, kita adalah pihak pelaksana bagi setiap dasar diputuskan kerajaan. Namun, kita juga akan sampaikan pandangan orang ramai supaya setiap dasar selari dengan nadi rakyat," katanya.

Mengenai gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya LHDN memastikan golongan 'maha kaya' tidak culas membayar cukai, Mohd Nizom berkata, proses berkenaan dilakukan secara berterusan, selari fungsi dan objektif pihak berkuasa percukaian itu.

"Kita anggap gesaan Perdana Menteri ini sebagai peringatan kepada pihak yang culas membayar cukai. LHDN sentiasa memastikan semua pembayar cukai membayar jumlah sepatutnya.

"Ia (proses mengesan golongan culas membayar cukai) berlaku secara berterusan. Kalau jumpa satu pihak hari ini, mungkin ada lagi pada masa hadapan," katanya.

Mengulas syor mewujudkan analisis kekayaan bagi golongan 'maha kaya', beliau bagaimanapun berkata, model sedia ada sudah memadai bagi mengesan pihak yang culas membayar cukai.

"Sebenarnya setiap individu perlu menyimpan dokumen berkaitan kewangan kerana apabila ditanya atau perlu menjelaskannya kepada LHDN, mereka ada maklumat.

"Dia (tanggungjawab semua pembayar cukai) sama, cuma jumlah (pendapatan) kita mungkin kurang jika dibandingkan dengan golongan 'maha kaya'," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, LHDN akan meneliti ruang bagi menjalin kerjasama strategi bagi memanfaatkan saluran media di MPB untuk meningkatkan kesedaran membayar cukai. — BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...