Langkau ke kandungan utama

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan


Tahi itik - (Foto Wikipedia)

KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan.

Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah.

Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik.

"Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini.

"Sejak dari dulu lagi saya hanya menjual kuih ini di rumah yang sentiasa dikunjungi pelanggan dari seluruh Kelantan selain turut mendapat tempahan daripada jabatan kerajaan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tikat, di sini, hari ini.

Bapa kepada tujuh anak dan 17 cucu ini berkata, disebabkan harga telur yang mahal, dia terpaksa menaikkan harga kuih yang dijualnya.

"Saya terpaksa menaikkan harga di antara RM1 hingga RM2, di mana buah tanjung dan tahi itik kini dijual RM6 berbanding RM5 sebelum ini, manakala jala emas pula dijual RM13 berbanding RM11 sebelum ini.

"Walau bagaimanapun, kebanyakan pelanggan memahami situasi ini dan mereka tetap membeli kuih tradisional ini sebagai pilihan juadah berbuka puasa ketika bulan Ramadan.

"Pada masa sama, sepanjang Ramadan permintaan terhadap kuih tradisional seperti jala emas, buah tanjung, dan tahi itik masih mendapat sambutan walaupun terdapat banyak kuih moden yang menjadi pilihan masyarakat hari ini," katanya.

Mohammed berkata, sepanjang Ramadan dia bersama ahli keluarga yang turut dibantu 13 orang pekerja mula menyiapkan tempahan dan jualan selepas Subuh.

"Kebiasaannya seawal pada jam 9 pagi sudah ada pelanggan yang datang mengambil tempahan kuih di rumah," katanya. 

Teks — BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...