Langkau ke kandungan utama

Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 disegerakan awal bulan depan - PM


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 diagihkan awal bulan depan sebelum sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.

"Seperti yang disebutkan, STR fasa 1 sudah diedarkan dan sampai kepada rakyat yang berjumlah RM1.6 bilion, itu pada bulan Januari lalu.

"Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.

"Kita akan keluarkan fasa dua ini untuk golongan B40 mendapat STR," katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah penambahbaikan kepada STR berbanding bantuan diberikan sebelum ini.

Mengulas mengenai penambahbaikan bantuan tunai kepada rakyat, Anwar berkata, penambahbaikan itu dapat dilihat dalam Belanjawan Madani 2023 menerusi STR maksimum sehingga RM3,100 walaupun Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500 masih diagihkan.

"(Penambahbaikan) ada perincian, isi rumah, lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar,tambahan RM600 berbanding peruntukan awal.

"BKM pula, ibu bapa tunggal mempunyai anak dan warga emas, RM500 untuk ibu bapa tunggal dan untuk warga emas sebanyak RM300," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan membuka permohonan baharu untuk STR.

"Setakat 13 Mac lalu, seramai 320,103 orang sudah pun mendaftar dan (mereka) yang layak, saya minta dipohon segera sebelum 31 Mac ini supaya dapat dikeluarkan dana ini pada Ramadan," katanya. BH

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kelonggaran itu diberi kerana pihaknya tidak mahu membebankan ibu bapa dengan mewajibkan mereka membeli pakaian seragam anak sedangkan masing-masing terkesan dengan bencana.

Beliau berkata, pendekatan itu diambil bagi mengelak berlakunya keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar khususnya yang terkesan dengan banjir di beberapa negeri dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil apa jua pendekatan supaya golongan terjejas khususnya anak-anak tidak ketinggalan dalam pendidikan.

"Ibu bapa tidak perlu risau mengenai persiapan sekolah terutamanya membabitkan buku teks yang musnah akibat banjir kerana KPM akan bantu dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

"Bagi PPS yang masih dibuka di sekolah, kelas juga akan diadakan di sekitar ruangan itu meskipun pelajar tidak memakai uniform sekolah.

"Anak-anak tidak boleh ketinggalan pelajaran kerana isu baju sahaja," katanya sambil menambah tarikh buka sekolah masih dikekalkan termasuk bagi kawasan terjejas banjir.

Beliau berkata demikian ketika temubual bertemakan 'Kembali ke Sekolah' yang disiarkan sebuah radio tempatan, hari ini.

Sebelum ini, KPM dilapor menyediakan 18 inisiatif kewangan bagi membantu murid terjejas banjir menjelang sesi pembukaan sekolah yang dijadual bermula 19 dan 20 Mac ini.

Inisiatif bantuan itu berkait rapat keperluan pendidikan serta kebajikan murid dengan KPM turut mengambil kira sebarang bentuk bantuan bersesuaian untuk mereka yang terbabit.

Dalam pada itu, Fadhlina memaklumkan KPM sudah mengeluarkan surat arahan umum kepada semua institusi pendidikan di bawahnya untuk tidak mengadakan sebarang kelas akademik pada minggu pertama persekolahan.

Beliau berkata, arahan itu pertama kali dikeluarkan KPM bagi meningkatkan interaksi dan suai kenal antara guru dan pelajar pada minggu pertama persekolahan.

Katanya, ia selaras pendekatan KPM iaitu konsep 'anak baik dan cerdik' di samping untuk mengelakkan tekanan dalam kalangan pelajar pada awal sesi persekolahan.

"Pada minggu pertama, kita menggalakkan guru tingkatkan nilai murni serta membiasakan pelajar dengan suasana pembelajaran yang baik.

"Selain itu, kita beri ruang kepada ibu bapa, penjaga dan komuniti untuk temankan anak di sekolah pada minggu pertama terutamanya pada hari pertama sekolah dibuka," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...