Langkau ke kandungan utama

Suami isteri tipu jual telur ayam didakwa di mahkamah

Foto hiasan - Unsplash

ALOR GAJAH — Pasangan suami isteri dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini, atas tuduhan menipu peniaga berkaitan penjualan telur ayam tidak wujud hingga menyebabkan mangsa kerugian RM52,990, Disember lalu.

Tertuduh Mohamed Hafiz Ibrahim yang juga peniaga dan isterinya, Intan Hafiezah Roslan, masing-masing berusia 35 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan itu di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Mereka didakwa menipu Muhammad Syafiq Bashir Ahmed,32, (pengadu) untuk mempercayai 4,245 papan telur akan dihantar pada 2 Januari lalu hingga mendorongnya untuk memasukkan wang ke akaun CIMB Bank milik isteri tertuduh secara berperingkat berjumlah RM52,990 yang mana mangsa tidak akan berbuat demikian jika tidak diperdaya sebegitu.

Kesalahan itu dilakukan di Lot 942, Simpang Ampat antara 13 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023 dan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan.

Mohamed Hafiz turut didakwa mengikut Seksyen 170 dan 171 Kanun Keseksaan kerana menyamar penjawat awam dengan memperkenalkan diri sebagai anggota tentera berpangkat kapten dan memakai pakaian menyerupai pakaian digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menipu mangsa sama.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Syarikat Teck Ping Chan Agriculture Sdn Bhd di sini pada 5 petang 13 Disember 2022.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 170 dan 171, tertuduh boleh dipenjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya serta dipenjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM400 atau kedua-duanya.

Dalam pertuduhan berasingan, tertuduh didakwa menipu seorang lagi peniaga, Ahmad Farizal Abdul Hajat, 43, dengan menyamar peguam bagi menyelesaikan kes saman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dihadapi mangsa hingga mendorongnya membayar RM3,000 ke akaun isteri tertuduh bermula 16 hingga 21 Disember 2022.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 dan 21 Disember 2022, jam 3 petang di sebuah kedai makan di Simpang Ampat, dekat sini, dan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun,denda dan sebat.

Sementara itu dalam prosiding sama, Intan Hafiezah turut didakwa menerima wang RM3,000 dan tidak dapat memberi penjelasan munasabah bagaimana ia diperoleh dalam tempoh 16 Disember 2022 hingga 21 Disember 2022.

Dia dituduh melakukan kesalahan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa'ari menjalankan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan Mohamed Hafiz dilepaskan dengan jaminan keseluruhan RM15,500 manakala Intan Hafiezah, RM6,000 dengan seorang penjamin masing-masing.

Kes ditetap untuk sebutan serahan dokumen dan lantikan peguam pada 5 Mei depan. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...