Langkau ke kandungan utama

Skandal 1MDB: Roger Ng dipenjara 10 tahun

Roger Ng (tengah) meninggalkan mahkamah persekutuan bersama peguamnya, pada Khamis. Foto AP

NEW YORK — Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dikenakan hukuman penjara 10 tahun oleh mahkamah di sini, pada Khamis kerana terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan akhbar pula berkata, jumlah dana yang diminta dipulangkan akan ditentukan kemudian.

Sebelum ini, Roger Ng didapati bersalah membantu dalam skandal penyelewengan dana 1MDB.

"Roger Ng pemain utama dalam skim tidak tahu malu dan berani yang bukan sahaja menganiaya rakyat Malaysia, tetapi juga berisiko menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, pasaran, perniagaan dan institusi lain pada peringkat global.

"Hukuman hari ini berfungsi sebagai hukuman yang adil untuk jenayah defendan dan amaran terdapat harga yang besar untuk dibayar untuk rasuah korporat," kata Peguam AS, Breon Peace.

Pada April lalu, juri di Mahkamah Persekutuan Brooklyn mendapati Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, bersalah kerana membantu bekas orang atasannya, Tim Leissner menggelapkan wang daripada dana itu, mencuci hasil dan merasuah pegawai kerajaan untuk mendapatkan perniagaan.

Leissner pernah menjadi ketua Goldman di Asia Tenggara.

Pada 25 Februari lalu, Roger Ng memohon dia tidak diberikan hukuman penjara dan dibenarkan pulang ke Malaysia.

Dia pernah dipenjara enam bulan di Malaysia sebelum diekstradisi ke AS pada 2018.

Roger Ng dibebaskan dengan ikat jamin, namun dikenakan perintah tahanan rumah sejak disabitkan kesalahannya.

Tuduhan itu berhubung bon kira-kira AS$6.5 bilion (RM29.09 bilion) untuk dijual pada 2012 dan 2013.

Pendakwa raya berkata, AS$4.5 bilion (RM20.14 bilion) daripada jumlah itu digelapkan oleh pegawai, bank dan sekutu mereka, sekali gus mencipta satu skandal terbesar dalam sejarah Wall Street.

Pada Oktober 2020, Goldman bersetuju untuk membayar AS$2.9 bilion (RM12.98 bilion) dan unit Malaysianya mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah.

Bagaimanapun, Roger Ng mengaku tidak bersalah dan berhujah, bayaran sogokan AS$35 juta (RM157 juta) yang dituduh diterimanya sebenarnya pulangan atas pelaburan yang dibuat isterinya.

Leissner mengaku bersalah dan memberi keterangan terhadap Roger Ng sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama.

Dia masih belum dijatuhkan hukuman. 

Sumber — BH memetik  AFP/AGENSI

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...