![]() |
Foto hiasan - Unsplash |
KUALA LUMPUR — Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengakui sistem teknologi maklumat agensi berkenaan diceroboh penjenayah siber, lapor Berita Harian semalam.
AKPK dalam kenyataan, semalam, dipetik sebagai berkata pelayan agensi itu yang mengandungi data mungkin sudah diakses secara haram.
"AKPK memberi keutamaan bagi menangani situasi ini dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan berterusan.
"Susulan pencerobohan ini, AKPK sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, mengambil langkah melindungi pelayan kami dan memulakan penyiasatan bersama pakar keselamatan siber," katanya.
Katanya, akibat pencerobohan itu, AKPK memutuskan untuk menyahaktifkan beberapa sistem operasinya buat sementara waktu untuk mencegah risiko selanjutnya.
"Kami akan mengembalikan operasi sistem secara beransur-ansur sebaik saja selamat untuk berbuat demikian.
"Pada masa ini, kami sudah melaksanakan pengaturan operasi yang sesuai supaya pelanggan masih boleh mendapatkan perkhidmatan daripada kami selancar mungkin," katanya yang memohon maaf terhadap kejadian itu.