KUALA LUMPUR — Pelakon jelita Amelia Henderson tampil membidas komen individu bermulut celupar menggelarnya 'janda' menerusi satu ciapan.
Ia ekoran ciapan dimuat naik seorang individu di Twitter memuji keperibadian Amelia yang mempunyai IQ setinggi 180, selain sangat berbakat dan cantik.
Ciapan tersebut bagaimanapun dibalas warganet yang menambah ciri Amelia iaitu seorang janda.
Pelakon drama Kisah Cinta Kita memohon orang ramai berhenti merendahkan diri wanita bergantung kepada status.
Tambahnya lagi, panggilan janda dianggap sangat biadap dan lebih selesa sekiranya namanya dikenali sebagai wanita bekerjaya dalam industri seni.
"Apa masalah besar, saya pernah berkahwin dan rasa baik-baik sahaja.
"Saya sangat benci perkataan 'janda'. Saya mohon boleh atai tidak sekiranya berhenti merendahkan wanita dengan melabel mereka berdasarkan status untuk tahun ini?
"Saya adalah pelakon, model, pengacara, penerbit dan penari yang pernah memenangi anugerah selama 27 tahun.
"Janda adalah cara paling biadap dan tidak menarik untuk menggambarkan diri saya," bidasnya.
Sekadar info, Amelia pernah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada 14 Ogos 2015 yang juga anak saudara Sultan Kedah.
Sumber — BH