RIYADH — Raja Arab Saudi, Raja Salman pada Selasa menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada rakyat Arab Saudi dan umat Islam di mana-mana, menyatakan harapannya bahawa bulan suci itu akan membawa harapan dan keamanan kepada umat Islam dan seluruh dunia.
Baginda mengarahkan pihak berkuasa yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan untuk pengunjung ke Dua Masjid Suci untuk terus bekerja dengan tahap kecekapan dan kecemerlangan tertinggi bagi memastikan jemaah dapat melakukan ibadah mereka dengan mudah dan tenang, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Baginda bertitah ketika mempengerusikan sidang Kabinet mingguan di Istana Irqah di Riyadh, selepas Mahkamah Agung mengumumkan Ramadan akan bermula Khamis. AN