![]() |
Ia adalah keganasan terburuk sejak Presiden William Ruto memegang jawatan enam bulan lalu selepas menewaskan pemimpin pembangkang Raila Odinga secara tipis. (Reuters) |
NAIROBI — Polis Kenya pada Selasa berkata mereka telah menahan 238 orang semasa protes ganas berhubung peningkatan kos sara hidup yang turut menyaksikan 31 pegawai polis cedera.
Penunjuk perasaan telah menyertai tunjuk perasaan di Nairobi dan bahagian lain di Kenya pada Isnin sebagai respons kepada gesaan oleh pemimpin pembangkang veteran Raila Odinga untuk tindakan sehari terhadap kerajaan Presiden William Ruto.
Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap penunjuk perasaan, sebahagian daripada mereka membaling batu dan membakar tayar serta iring-iringan Odinga.
Ia adalah keganasan terburuk sejak Ruto mengambil alih jawatan enam bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Japhet Koome, dalam satu kenyataan berkata, 213 orang telah ditangkap di Nairobi dan 24 pegawai cedera.
Di wilayah Nyanza, kubu kuat pembangkang di barat Kenya, terdapat 25 tangkapan manakala tujuh pegawai cedera, katanya.
Polis juga telah mengumumkan pada Isnin bahawa seorang pelajar universiti terbunuh di bandar barat Maseno selepas pegawai melepaskan peluru tajam semasa "pertempuran" dengan penunjuk perasaan yang "melempar batu."
Sumber — AN memetik AFP