![]() |
Ketua Hospital Veterinar Pusat Iran Amir Moradi berkata pada Selasa bahawa Pirouz mati lebih awal pada hari itu kerana komplikasi buah pinggang.
Anak itu telah dilahirkan pada Mei tahun lalu dalam kurungan dan hidup tanpa penjagaan ibu.
Ia telah dirancang untuk dipindahkan ke taman hidupan liar dilindungi apabila berusia setahun.
Moradi berkata, Pirouz berada di hospital sejak lima hari lalu dan menjalani dialisis yang menurutnya tidak berjaya. IRNA (28 FEB 2023)