Langkau ke kandungan utama

Permit untuk umrah pada Ramadan boleh didapati melalui aplikasi Nusuk


Foto Unsplash

RIYADH — Rakyat dan penduduk Arab Saudi serta jemaah haji dari banyak negara lain kini boleh mendapatkan permit mengerjakan umrah sepanjang Ramadan melalui aplikasi Nusuk Kementerian Haji dan Umrah Saudi.

Kementerian itu berkata platform itu membantu jemaah domestik dan antarabangsa mencari tarikh umrah yang ada pada bulan suci, berdasarkan kapasiti Masjidil Haram, memilih yang paling sesuai bagi keperluan mereka dan mendapatkan permit yang diperlukan.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Play.

Untuk layak mendapat permit, jemaah haji yang tiba dari negara lain mesti memiliki visa yang sah, kata kementerian itu.

Ia menambah bahawa rakyat dan penduduk negara ini (Saudi) juga boleh mendapatkan permit melalui aplikasi Tawakkalna, dengan syarat mereka tidak mempunyai COVID-19 dan tidak pernah berhubung dengan mana-mana orang yang dijangkiti.

Kementerian menggesa semua yang ingin menunaikan umrah pada Ramadan memastikan mereka mendapatkan permit diperlukan dan mematuhi tarikh ditetapkan, bagi membantu mengelakkan kesesakan. Jemaah hanya dibenarkan melakukan ibadah tersebut sekali sahaja sepanjang Ramadan.

Peraturan itu direka bagi membantu memastikan keselesaan dan keselamatan jemaah dan membenarkan seramai mungkin umat Islam menunaikan umrah, tambah pegawai.

Ramadan dijangka bermula pada atau sekitar 23 Mac.

Teks  AN

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...