KUALA LUMPUR — Sempena Aidilfitri yang bakal disambut bulan depan, Lazada mencetuskan keceriaan dengan memeriahkan Segitiga Emas di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menampilkan peragaan Koleksi Raya LazLook yang penuh glamor, Lazada membawakan lebih daripada sepuluh jenama fesyen terkemuka tempatan dan memberi peluang kepada peminat fesyen mendapatkan inspirasi gaya anggun bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.
Lebih daripada 50 model tampil bergaya di sepanjang Bukit Bintang sambil memperagakan koleksi istimewa oleh pereka fesyen terkemuka dan jenama eksklusif seperti Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.
Peragaan tersebut terus mencuri perhatian orang ramai yang melalui persimpangan lintasan paling sibuk itu dengan rekaan elegan baju kurung dan kebaya berinspirasi moden.
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Alan Chan berkata mereka memahami bahawa orang ramai menggunakan platform eDagang apabila mencari produk diperlukan terutama menjelang Aidilfitri.
"Oleh itu, kami berbesar hati untuk berkolaborasi dengan jenama dan pereka fesyen terkemuka tempatan bagi mempersembahkan Koleksi Raya LazLook menerusi cara yang glam dan unik", katanya.
Sumber — BH