TEHRAN — Seorang profesor Iran dari Universiti Tabriz berjaya menghasilkan ubat untuk membendung kanser ovari dengan menyerang sel kanser sebelum membiak.
Dr Ali-Akbar Kandar telah menggunakan graphene dalam keadaan tertentu sebagai ubat pembawa 'cancer drug' dan penemuannya telah menarik perhatian Dana Negara Menyokong Penyelidik dan Pengusaha (National Fund to Support the Researchers and Industrialists).
Profesor Ali, ahli fakulti Kolej Perubatan Universiti Tabriz berjaya menggunakan nanoteknologi — menggunakan struktur ferit untuk menjejaskan graphene sebagai pembawa ubat kanser (cancer drug), yang digunakan dalam menyembuhkan kanser ovari — dalam proses serangan sel kanser.
Struktur berasaskan nano ini boleh meningkatkan tahap penyerapan ubat kanser dalam kanser ovari dan mengurangkan tempoh ubat.
Di luar keraguan, tinjauan dan penemuan sebegini boleh meningkatkan harapan masyarakat perubatan untuk menyembuhkan penyakit itu.
Kanser ovari adalah salah satu jenis kanser yang setakat ini membawa kepada banyak penyakit wanita dan menyebabkan kematian.
Sumber — IRNA