Langkau ke kandungan utama

Pendaki Jepun bersut formal 'hadir mesyuarat' di puncak Kinabalu


KOTA KINABALU: Seorang pendaki warga Jepun menjadikan pendakiannya di Gunung Kinabalu sebagai satu gimik pemasaran dengan mengenakan sut dan kasut kulit ketika mendaki hingga ke puncak, baru-baru ini.

Aksi lelaki terbabit, Nobutaka Sada, yang juga seorang tukang jahit tular di media sosial sejak semalam apabila video dan gambar beliau mendaki dengan berpakaian 'formal' dimuat naik seorang 'porter'.

Sada adalah seorang pembuat sut di Jepun yang turut memasarkan jenama keluarannya dengan jenama 'SADA' menerusi klip video di lokasi yang tidak diduga dan luar daripada kebiasaan.

Menerusi video berdurasi 10 saat yang tular itu, Sada dilihat mendaki laluan ke puncak Gunung Kinabalu dengan berpakaian 'formal' berwarna kebiruan dan membawa sebuah beg galas, seolah-olah dalam perjalanan ke pejabat.

Dalam video berkenaan juga, 'porter' yang merakam aksinya kedengaran bertanya Sada mengenai dari mana beliau datang.

Sada kemudian menjawab: "Saya dari Jepun. Saya ada mesyuarat perniagaan di puncak Gunung Kinabalu,".

Porter terbabit kemudian mengucapkan selamat maju jaya kepada Sada dan beliau meneruskan pendakiannya sebelum kedua-dua mereka sekali lagi bertembung di puncak Kinabalu ketika Sada sedang mengambil gambar.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen dengan ada antara mereka menegurnya apabila terserempak dengan Sada di lapangan terbang.

Sementara itu, Sada dalam akaun Facebooknya berkata, beliau gembira dapat menyelesaikan pendakiannya di Gunung Kinabalu.

"Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi Malaysia di Borneo dengan sut tempahan SADA! Gunung lebih tinggi berbanding Gunung Fuji dengan ketinggian 4,095 meter!" katanya.

Sada turut menyebut yang beliau ditegur beberapa orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan memberitahu bahawa rakaman pendakiannya dimuat naik dalam TikTok hingga mendapat banyak tanda suka, komen dan tontonan. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...