Langkau ke kandungan utama

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik


KUALA LUMPUR — Seorang lelaki didakwa menumbuk, menarik rambut dan menyepak seorang pemandu warga emas kerana berang mangsa tidak mengendahkan arahan memberhentikan kenderaannya, di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran pusat beli-belah di Ampang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata terdahulu ketika memandu di kawasan lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama, mangsa yang juga seorang doktor berusia 6

7 tahun dikatakan menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang kira-kira jam 10.30 pagi.

"Apabila sampai di hadapan stesen minyak berkenaan, kenderaan mangsa dikatakan dihalang dari arah hadapan oleh sebuah kereta jenis Mercedes berwarna putih.

"Seorang lelaki kemudian turun dari kenderaan itu sebelum didakwa membuka pintu kereta mangsa lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menyepak warga emas berkenaan di bahagian pinggang sehingga mangsa kesakitan.

"Kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian tular dalam media sosial, semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Mohamad Farouk berkata, suspek berusia 27 tahun ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, selepas selesai memberi keterangan pada jam 9.45 malam tadi.

"Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak mengendahkan arahan supaya memberhentikan kereta ketika perlanggaran kenderaan berlaku.

"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan keputusan ujian saringan air kencing dijalankan ke atas lelaki itu adalah negatif.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat, hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...