Langkau ke kandungan utama

Peguam Najib tegaskan keputusan hari ini bukan pengakhiran

Muhammad Shafee di sidang media selepas keputusan pendengaran permohonan Najib Razak berkaitan kes SRC International di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. - Foto NSTP

PUTRAJAYA — Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak sabitan dan hukuman kes SRC International Sdn Bhd bukan pengakhiran bagi anak guamnya.

Peguam senior itu ketika ditemui media selepas prosiding, berkata penghakiman menentang oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli akan membuka satu lagi jalan dalam kes penyelewengan dana SRC dihadapi Najib.

Bagaimanapun Muhammad Shafee enggan mengesahkan sama ada pihaknya akan mengemukakan permohonan semakan kedua.

"Ini bukan penamat, mungkin akan ada lagi prosiding mahkamah berikutan daripada penghakiman minoriti.

"Ada kes di mana semakan bukan sahaja dilakukan sekali, selagi ada asas untuk semakan baharu, ia boleh dilakukan," katanya.

Muhammad Shafee turut menyatakan kekecewaan terhadap keputusan majoriti yang menolak permohonan kebenaran bagi semakan bagaimanapun melahirkan rasa terkejut dengan penghakiman minoriti oleh Abdul Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim.

Katanya, penghakiman minoriti itu memberinya banyak dorongan.

"Kami baru mendengar berhubung permohonan kami kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) di mana proses sudah dimulakan dan ada tindakan seterusnya untuk meminta Peguam Negara memberi maklum balas.

"Kami akan menghantar dokumen lanjut mengenai penghakiman minoriti dan majoriti kepada UNWGAD, supaya ia akan diteliti untuk menentukan mana yang lebih kukuh," katanya.

Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil seramai 44 saksi.

Dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...