![]() |
(Foto Unsplash) |
AMMAN — Jumlah perkahwinan kanak-kanak di Jordan menurun sebanyak 27.5 peratus tahun lalu berbanding 2021, lapor Roya News pada Ahad, memetik Sisterhood is Global Institute (SIGI).
Tahun lalu, jumlah perkahwinan kanak-kanak menurun kepada 5,824 daripada 8,039 pada 2021.
Menurut laporan dikeluarkan oleh Jabatan Hakim Tertinggi Jordan, terdapat penurunan 15.2 peratus dalam jumlah kontrak perkahwinan tahun lepas, dengan 63,834 kontrak berbanding 75,360 pada 2021.
SIGI memetik keadaan ekonomi Jordan sebagai salah satu punca keengganan untuk berkahwin.
Ia menambah bahawa keadaan ekonomi yang sama mengehadkan penyertaan tenaga buruh wanita dan meningkatkan kadar pengangguran mereka, lapor Roya News.
SIGI berkata perkahwinan kanak-kanak adalah satu bentuk penderaan yang mesti dihentikan. AN