MADINAH — Agensi Hal Ehwal Wanita di Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Masjid Nabawi telah menyediakan 2 juta botol air Zamzam untuk diagihkan kepada pengunjung wanita sepanjang Ramadan.
Lebih 1,000 pekerja wanita dari agensi dan syarikat yang beroperasi di masjid itu serta 22 pasukan sukarelawan akan menghidangkan minuman itu bagi membolehkan pengunjung melakukan ibadah mereka dengan selesa, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA) pada Jumaat.
Agensi wanita itu menekankan kesungguhannya untuk memberikan sokongan kepada pengunjung wanita dan penyelarasan berterusan dengan semua peserta bagi menambah baik perkhidmatan disediakan di Masjid Nabawi. AN