![]() |
(Foto @ramadanlightsUK) |
LONDON — West End London telah dihiasi untuk menyambut bulan suci Ramadan buat pertama kali dalam sejarah.
Daerah yang terkenal di ibu negara UK itu telah dihiasi dengan lampu fanoos dan lampu dalam bentuk bulan sabit dan bintang, dengan perkataan "Happy Ramadan" dipasang di Coventry Street antara Piccadilly dan Leicester Square, bagi menyambut permulaan bulan suci itu.
Kawasan ini popular dalam kalangan pelancong dari Teluk dan sebahagian besar penduduk Islam di bandar itu - yang membentuk kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan - disebabkan oleh peluang beli-belah, restoran dan tempat hiburan yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Bilangan pengunjung cenderung meningkat semasa bulan mulia, yang menyebabkannya digelar "Ramadan Rush."
Berita mengenai hiasan baharu Ramadan di London datang beberapa hari selepas Royal Mint, pengeluar rasmi syiling UK, mengeluarkan jongkong emas baharu yang menggambarkan Kaabah di Makkah, kawasan paling suci dalam Islam, pada harga £1,156.22 ($1,414.43) setiap bar. AN