DAMSYIK — Lapangan terbang Aleppo Syria, saluran utama bagi penerbangan bantuan selepas gempa bumi dahsyat pada Februari, dibuka semula pada Jumaat, kata seorang pegawai, berikutan serangan udara Israel minggu ini yang melanda landasannya.
Kerosakan akibat serangan pada Selasa memaksa penghantaran bantuan dan semua penerbangan dialihkan ke lapangan terbang Latakia dan Damsyik, kata kementerian pengangkutan.
"Lapangan terbang itu telah beroperasi sejak 8 pagi (0500 GMT) ... Kami membaiki semua kerosakan," kata pegawai kementerian Souleiman Khalil pada Jumaat.
Bagaimanapun, "tiada pesawat awam dijadualkan mendarat di lapangan terbang Aleppo hari ini," kata seorang pegawai lapangan terbang, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana dia tidak dibenarkan bercakap dengan akhbar. AN