Langkau ke kandungan utama

Lapan mangsa LRT bertembung saman Rapid Rail, Prasarana

KUALA LUMPUR — Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas daripada Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kerana gagal serta cuai dalam memastikan keselamatan mereka sebagai penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) hingga menyebabkan kecederaan, dua tahun lalu.

Individu terbabit ialah Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47; Marvena Jitol, 28; Riezariel Haeqal, 23; Rozita Che Rus, 28; Ng Siow Nee, 36; Siti Nuraliah Hashim, 26; Nurul Athirah Mohd K Jabayee, 36 dan Muhammad Firdaus Mohd Saleh, 35.

Mengikut pernyataan tuntutan difailkan mangsa berkenaan selaku plaintif menerusi Tetuan Vin Partnership yang menamakan dua pihak terbabit sebagai defendan di Mahkamah Tinggi pada 9 Mac lalu, mereka mengesahkan cedera ketika dua tren berlanggar antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC, 24 Mei 2021.

Plaintif berkata, dua defendan berkenaan gagal memastikan LRT yang digunakan mangsa beroperasi selamat bergerak ke hadapan dan tiada sebarang halangan oleh tren lain.

Kegagalan Rapid Rail dan Prasarana melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) menyumbang kepada pelanggaran tren terbabit.

"Punca lain kejadian ialah tiada tindakan sewajarnya dan gagal menggunakan kemahiran teknikal dalam pengendalian dan pengawalan perkhidmatan LRT, selain tiada perhatian kepada keselamatan plaintif dan penumpang lain.

"Gagal mengambil sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan kemalangan serta gagal untuk membrek, memberhentikan, memperlahankan dan mengawal LRT supaya kemalangan dapat dielakkan.

"Defendan gagal untuk mengambil kira kesusahan dan kecederaan yang dihadapi oleh penumpang yang cedera dalam kemalangan atau diperkecilkan keadaan sebenar hingga menyebabkan kesusahan, kemarahan dan penghinaan kepada plaintif.

"Selepas kemalangan itu, Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana (ketika itu), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, membuat jenaka pada sidang media dengan berkata kedua-dua kereta api itu 'bercium' antara satu sama lain. Tajuddin juga dilihat ketawa menurut video yang diterbitkan saluran televisyen," katanya.

Dalam kemalangan pada jam 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang parah, manakala 166 lagi cedera apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji bertembung.

Plaintif terbabit menuntut ganti rugi am dan faedah di atasnya pada kadar lima peratus setahun dari tarikh pemfailan writ sehingga ke tarikh penghakiman, serta ganti rugi khas dan faedah di atasnya pada kadar sama dari tarikh kemalangan hingga ke tarikh penghakiman.

"Turut dituntut ganti rugi teladan dan faedah di atasnya dalam kadar sama dari tarikh mengikut ganti rugi khas.

"Faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh pembayaran penuh.

"Kos dan apa-apa relif selanjutnya dan yang lain sebagaimana yang difikirkan adil oleh mahkamah," katanya.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pengurusan kes itu akan didengar di hadapan Timbalan Pendaftar, Mohamad Hafizul Awang, pada 11 April depan. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...