![]() |
Foto hiasan - Unsplash |
SUNGAI BESAR — Kerajaan Selangor menilai keperluan untuk menaikkan had minimum pendapatan rakyat yang layak menerima Skim Air Darul Ehsan kepada RM6,000 sebulan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim, berkata inisiatif itu bertujuan memastikan sasaran 600,000 pendaftaran bagi air percuma bagi 20 meter padu setiap bulan, dapat dicapai.
"Kita akan lihat, kalau tahun ini masih lagi (kurang pendaftaran), kita akan naikkan (had minimum pendapatan) sebab garis kemiskinan di Selangor ialah RM6,000 dan tidak mengikut nasional.
"Untuk itu, kita akan lihat balik bagaimana dan akan bawa (cadangan) supaya naikkan had minimum pendapatan isi rumah (layak mendapat skim)," katanya pada sidang media selepas program Jelajah Kita Selangor Penyayang Daerah Sabak Bernam di Dataran Niaga Bagan Terap, di sini, hari ini. BH