Langkau ke kandungan utama

Cuti kerana sakit gigi antara tertinggi


(Foto hiasan - Unsplash)

KUALA LUMPUR — Sakit gigi adalah salah satu sebab tertinggi ketidakhadiran ke tempat kerja termasuk sekolah.

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), Dr Lim Chiew Wooi, berkata ia secara tidak langsung menggambarkan sakit gigi boleh menjejaskan ekonomi secara tidak langsung.

Jika kesihatan gigi tidak dijaga atau gagal mendapatkan rawatan, beliau berkata keadaan seseorang boleh memburukkan sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

"Akhrinya, kesihatan mulut yang buruk boleh menjejaskan kesejahteraan sosial dan psikologi pada keseluruhan.

"Memandangkan kesihatan mulut yang baik menyumbang secara positif kepada kesihatan umum, kesejahteraan dan kualiti hidup kita, kita mesti menjaga mulut dengan baik dan berbangga dengannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada berucap di majlis Pelancaran Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2023 di sini semalam.

Menyentuh makanan boleh menjejaskan kesihatan gigi, Dr Chiew Wooi berkata semua makanan manis tidak baik untuk gigi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata berlaku trend penggunaan gula halus berlebihan dalam makanan dan minuman rakyat negara ini.

Berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), katanya pengambilan gula untuk golongan dewasa adalah tidak lebih daripada 10 sudu teh sehari.

"WHO kemudian menyarankan pengambilan gula tidak melebihi lima sudu teh sehari dan ia adalah lebih baik.

"Kajian menunjukkan penggunaan gula ringkas telah menyumbang kepada kadar karis, penyakit gusi, obesiti dan diabetes yang tinggi di Malaysia.

"Mungkin itulah sebabnya cukai gula dikenakan pada 2019. Namun, kami berharap lebih banyak usaha dapat dilakukan untuk mengurangkan beban kesihatan yang disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan," katanya.

Sumber — BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...