Langkau ke kandungan utama

Big Heart harapan baharu pelajar Kenya realisasi impian

Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi, Timbalan Pemerintah Sharjah dan Utusan Kemanusiaan The Big Heart Foundation (TBHF), telah merasmikan Sekolah Menengah Perempuan Big Heart di penempatan Kalobeyei berhampiran kem Kakuma di Kenya.

Dilancarkan oleh TBHF dengan pembiayaan Sharjah Charity House dan dengan kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), sekolah menengah berasrama pertama untuk pelajar perempuan di kawasan itu memberikan akses pendidikan berkualiti dan kemudahan asrama yang selamat.

Sheikh Sultan mengetuai delegasi dari Sharjah ke Kenya untuk lawatan lapangan rasmi, di mana mereka melawat kemudahan sekolah.

Beliau menekankan kepentingan projek pendidikan kemanusiaan dan kesan jangka panjangnya kepada generasi muda, yang akan dapat membina masa depan lebih baik bagi komuniti pelarian.

Premis baharu itu babit enam bangunan yang terdiri daripada bilik darjah, asrama, perpustakaan, teater, makmal dan bangunan pengurusan menawarkan peluang holistik untuk pertumbuhan dan pembangunan.

Ia akan menampung kira-kira 360 pelajar setiap tahun — mereka daripada komuniti sekitar dan pelarian — mengisi jurang yang besar dalam keperluan pendidikan menengah komuniti sasaran di Kenya, di mana hanya 5 peratus mendapat akses kepada pendidikan menengah.

Sekolah itu juga menangani permintaan tinggi untuk pendidikan kerana kem Kakuma dan Penempatan Bersepadu Kalobeyei mempunyai populasi lebih 196,666 pelarian dan pencari suaka berdaftar.

Di wilayah di mana Big Heart didirikan, kini terdapat 26 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah, yang secara kolektif memenuhi keperluan pendidikan 13,000 pelajar.

Pada 2019, lebih 400 pelajar perempuan telah mengemukakan permohonan kemasukan ke sekolah tersebut, tetapi disebabkan kekangan ruang, hanya 90 pelajar boleh ditempatkan.

Sekolah yang baru ditubuhkan itu dijangka dapat meningkatkan kapasiti dan memudahkan akses lebih besar kepada pendidikan menengah, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang untuk pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan meningkatkan prospek kehidupan mereka.

Sumber — Khaleej Times

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...