Langkau ke kandungan utama

Berita lokal terpilih



Mangsa banjir 3 negeri berkurang, Batu Pahat kekal paling terjejas

KUALA LUMPUR — Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menunjukkan penurunan kepada 40,205 orang setakat petang ini berbanding 41,154 orang pagi tadi manakala keadaan banjir di Sarawak pulih sepenuhnya.

Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 40,005 orang setakat 4 petang berbanding 40,847 orang direkodkan pada 8 pagi tadi susulan penutupan lapan pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan penutupan PPS tersebut menjadikan 128 PPS yang masih beroperasi di empat daerah, setakat ini.

Menurut JPBN, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 39,158 daripada 10,924 keluarga; diikuti Muar dengan 548 mangsa (170 keluarga); Segamat 212 orang (56 keluarga) dan Tangkak 87 mangsa (15 keluarga). BH


Inspektor, 5 anggota polis ditahan kes peras RM150,000 sasar warga China

KUALA LUMPUR — Lima anggota polis dan seorang pegawai berpangkat inspektor ditahan kerana disyaki memeras RM150,000 daripada sekumpulan warga China yang didakwa terbabit aktiviti penipuan. BH


Dua laluan di Batu Pahat masih ditutup

BATU PAHAT — Dua laluan di Batu Pahat iaitu Parit Sulong ke Seri Medan dan Parit Sulong ke Tongkang Pechah masih ditutup untuk kenderaan ringan susulan dinaiki air melebihi paras 0.3 meter. BH


Warga emas maut nahas tiga kenderaan

KOTA TINGGI — Seorang warga emas maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Mawai, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kota Tinggi, Mohd Rafi Mohd Nor, berkata mangsa dikenal pasti sebagai Sadiran Kario, 72, yang menetap di Felda Simpang Waha.

Mohd Rafi berkata, mangsa memandu kereta Perodua Myvi bersama isterinya, Sarinam Jalil, 71 yang cedera dalam kemalangan membabitkan kereta jenis Toyota Vios dan lori pasir. BH


Guru didakwa lakukan amang seksual murid Tahun Dua

KOTA BHARU — Seorang guru Bahasa Melayu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid perempuan Tahun Dua, April tahun lalu. BH


Sejagat Relief, Aid4Turkiye&Syria anjur majlis buka puasa

PETALING JAYA — Sejagat Relief akan mengadakan majlis berbuka puasa amal anjurSejagat Relief bersama gabungan Aid4Turkiye&Syria pada 25 Mac ini di Hotel Grand Barakah.

Menerusi satu kenyataan, Sejagat Relief berkata, majlis amal itu diadakan bertujuan untuk mengumpul dana untuk mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Ini kerana katanya, sumbangan dan bantuan kewangan yang besar diperlukan untuk memulihkan kerosakan akibat gempa bumi yang berlaku di Turkiye. BH


Mayat ditemui rakan selepas 3 hari mati

SEREMBAN — Lelaki yang ditemui mati dipercayai sejak tiga hari lalu, dalam kereta di Garden Homes, Seremban 2, di sini, hanya disedari rakannya malam tadi selepas curiga melihat kenderaan itu dalam keadaan enjin masih hidup.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, rakannya secara kebetulan ternampak kereta lelaki berusia 43 tahun itu di tempat parkir sebelum melihat ke dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan dan mendapati mayat sudah membengkak. BH


Nahas akibat pemandu lawan arus, ragut tiga nyawa

PENAMPANG — Tiga maut selepas dua kenderaan bertembung dalam kejadian pemandu melawan arus di Jalan Papar Lama, berhampiran Kampung Nambazan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, kemalangan menyebabkan dua pemandu dan seorang penumpang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan kereta jenis Kia yang dipercayai melawan arus, sebelum bertembung dengan Perodua Myvi yang dinaiki tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.

Dua mangsa yang maut membabitkan Perodua Myvi, manakala seorang lagi adalah pemandu Kia. BH


Rasuah: Pengurus jabatan Persekutuan di Terengganu direman

KUALA TERENGGANU — Seorang pengurus jabatan kerajaan Persekutuan di Terengganu direman tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan jawatan bagi mendapatkan suapan untuk dirinya.

Suspek berusia 44 tahun itu direman mulai hari ini sehingga Ahad depan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Terdahulu, SPRM Terengganu menahan suspek ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 4.50 petang semalam. BH


LTAT isytihar kadar dividen 5 peratus

KUALA LUMPUR — Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak lima peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM476.45 juta bagi tahun 2022.

Pengiystiharan itu menandakan peningkatan kadar dividen berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah 4.1 peratus dengan jumlah pembayaran RM379.42 juta. BH


'Caj RM5 untuk kebersihan Pantai Teluk Kemang, bukan kerana bentang tikar' - MPPD

PORT DICKSON — Caj RM5 yang dikenakan terhadap pengunjung Pantai Teluk Kemang di sini, bukanlah sewa tapak untuk membentang tikar, sebaliknya bagi tujuan kebersihan kawasan persekitarannya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa, mengesahkan bayaran RM5 itu dikenakan pihak operator dalam Wellness Zone Teluk Kemang. BH


'Sampai bila nak suruh orang sabar... kita pun naik malu nak cakap', luah TMJ

KUALA LUMPUR — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap masalah banjir yang melanda beberapa daerah di Johor dapat diatasi secepat mungkin dan tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

Tunku Ismail menzahirkan rasa simpati terhadap rakyat di negeri itu yang terpaksa berdepan dengan isu terbabit selain malu kerana hanya mampu meminta mereka bersabar atas musibah yang melanda.

Justeru, Tunku Ismail mengakui sistem tebatan banjir amat penting bagi mengelakkan musibah sama berulang yang mana sudah pasti akan menjejaskan rakyat yang menanggung pelbagai kerugian.

"Persiapan membantu rakyat itu bagus tetapi saya rasa lebih penting adalah elakkan benda ini (banjir) berlaku setiap tahun. Sistem tebatan banjir perlu sangat untuk elakkan benda ini berlaku.

"Kasihan pada rakyat yang susah kerana barang dan rumah rosak. Saya harap kerajaan boleh bertindak sebaik mungkin.

"Setiap tahun, saya pergi (melawat mangsa banjir) terpaksa cakap benda yang sama, bersabar. Sampai bila saya nak suruh orang sabar? Kita pun naik malu nak cakap.

"Saya harap kita boleh atasi secepat mungkin," kata Tunku Ismail menerusi segmen Bekpes Hot di Hot FM, pagi tadi. BH


Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...