Dua beradik perempuan maut dirempuh kereta terbabas
PASIR PUTEH — Dua beradik perempuan maut selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas dalam kemalangan di KM 37.5 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu (Jalan Bypass), lintasan ke Bandar Pasir Puteh, di sini, lewat petang tadi.
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.10 malam, membabitkan mangsa berusia 29 dan 23 tahun. BH
Jumlah mangsa banjir berkurangan di empat negeri
KUALA LUMPUR — Jumlah mangsa banjir di empat negeri menyaksikan penurunan kepada 41,994 orang setakat jam 8 malam ini berbanding 43,132 orang, petang tadi.
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 41,661 orang setakat jam 8 malam ini berbanding 42,706 orang yang direkodkan pada jam 2 petang tadi susulan penutupan enam PPS di Muar, Segamat dan Tangkak. BH
Mayat dalam kereta berkunci tiga hari
SEREMBAN — Seorang lelaki ditemui di dalam sebuah kereta dekat parkir di Garden Homes, Seremban 2, di sini, malam ini, dipercayai sudah meninggal dunia tiga hari lalu.
Lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan hilang sejak beberapa hari lalu dan rakannya dikatakan cuba mencari sebelum menemui kereta dinaiki di lokasi kejadian, kira-kira jam 7.30 malam. BH
SPRM tahan pegawai sendiri, buru 'Datuk Roy' bersabit rasuah Jana Wibawa
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawainya dan tiga lagi individu termasuk seorang wanita, pada Khamis lalu, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.
Wanita berkenaan sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga lagi suspek sedang berada dalam reman hingga esok.
SPRM kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali 'Datuk Roy' yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan. BH
Anggota polis maut, kereta terputus dua
KUCHING — Seorang anggota polis maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 42, Jalan Kuching-Serian, hari ini.
Konstabel Mohd Shamezad Mohd Salehuddin, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan. BH
Pelatih guru maut terkena renjatan ketika bantu bersihkan sekolah
SEGAMAT — Seorang pelatih guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur, maut selepas terkena renjatan elektrik di Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh di sini, pagi tadi. BH