KUALA LUMPUR — Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada 17 April ini.
Sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak.
Pesara perkhidmatan awam pula akan menerima BKKA sebanyak RM350.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed, berkata BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
"Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak menerima RM700," katanya.
BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia. BH