Langkau ke kandungan utama

500 kelas pembelajaran pantas diwujudkan di Nimroz


ZARANJ, Afghanistan — Lima ratus kelas tempatan pembelajaran pantas diwujudkan di Zaranj, ibu kota wilayah Nimroz barat daya, dan di kawasan terpencil di beberapa daerah bagi menyediakan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak tidak dapat hadir ke sekolah atas beberapa sebab, kata pegawai pada Ahad.

Kementerian Pendidikan dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsanya berusaha meluaskan akses kepada pendidikan untuk belia dan kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan arus perdana di Nimroz.

Agama Islam mewajibkan pendidikan kepada lelaki dan wanita tetapi disebabkan peperangan dan konflik selama beberapa dekad, masih tiada sekolah atau institusi pendidikan di banyak tempat di negara ini.

Qari Sharifi, timbalan ketua Jabatan Pendidikan Nimroz berkata 500 kelas pembelajaran pantas tempatan telah ditubuhkan baru-baru ini dengan sokongan kewangan UNICEF dan dengan penyelarasan Pertubuhan Kowar di kawasan terpencil di ibu kota wilayah Zaranj, Khashrud, Chakhansur, Kang, daerah Charhburjak dan Dilaram.

Beliau berkata 17,500 pelajar lelaki dan perempuan akan mendapat pendidikan di kelas ini.

Daripada 500 kelas ini, 92 ditubuhkan di bandar Zaranj dan 408 di kawasan terpencil di beberapa daerah.

Menurutnya, jabatan pendidikan (bagaimanapun) menghadapi masalah kekurangan guru, buku teks dan peralatan di daerah-daerah.

Namun tambahnya jabatan pendidikan akan menyokong setiap program yang memperkasakan pendidikan di wilayah itu.

“Separuh daripada sekolah di setiap daerah hilang upaya kerana kekurangan guru dan kanak-kanak terputus daripada pendidikan.”

Beliau mengalu-alukan penubuhan sekolah-sekolah ini dan berkata terdapat beberapa kecacatan wujud dalam program ini yang perlu ditangani oleh UNICEF dan Pertubuhan Kowar.

Mohammad Umar, penduduk kampung Sardasht di daerah Kang, berkata dua anak perempuannya tidak mendapat pendidikan kerana jarak yang jauh ke sekolah itu, sambil menambah bahawa mereka kini mendaftar di salah satu kelas tempatan pantas berhampiran rumahnya.

“Selama bertahun-tahun saya berharap, saya dapat membawa anak-anak saya ke sekolah, saya seorang yang miskin dan tidak mampu membeli buku, buku nota dan barangan lain yang diperlukan untuk pendidikan anak-anak saya.

"Kini saya gembira dan bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan saya pada usia tujuh dan sembilan tahun dapat bersekolah.”

Umar berkata kebanyakan sekolah di daerah Kang tidak aktif kerana kekurangan guru, oleh itu kanak-kanak yang gemar belajar keciciran pendidikan tetapi kini dengan bantuan UNICEF mereka akan mendapat akses kepada pendidikan.

Kelas pembelajaran pantas ini adalah peluang keemasan bagi penduduk di kawasan yang jauh untuk mempelajari sesuatu, tambahnya.

Abdullah, 14, seorang daripada kanak-kanak tidak dapat bersekolah sejak tiga tahun lalu di daerah Dilaram.

Dia berkata: "Saya berminat untuk belajar, (namun) terdapat pertempuran di daerah kami sepanjang masa dan sekolah itu tetap ditutup."

Dia teruja dengan penubuhan kelas tempatan pantas dan berkata dia dan kanak-kanak lain sepertinya yang keciciran pendidikan kini mempunyai peluang untuk belajar.

Fatima, salah seorang guru kelas tempatan di daerah Chakhansur, berkata ramai kanak-kanak di kampung Mullah Rasoul Dafki yang tidak dapat belajar kerana beberapa masalah menghadiri kelas tempatan yang baru ditubuhkan dengan bersemangat, tetapi penduduk di kampung itu mahukan lebih banyak kelas serups ditubuhkan.

Abdul Sammad, ketua Majlis Kampung Mullah Rasoul, berkata 31 kelas tempatan pantas ditubuhkan di kampung itu berdasarkan keperluan, kelas ini disediakan semua peralatan dan kemudahan yang diperlukan.

“Terdapat beberapa pelajar di kelas ini yang tidak tahu solat dan kurang ilmu agama, mereka berani menulis dan membaca dalam kelas ini,” katanya.

Raza Yaqubi, pengarah pemantauan dan penilaian kelas pembelajaran pantas berkata kelas ini diwujudkan di kawasan yang tidak terdapat sekolah dan beribu-ribu pelajar telah ditawarkan peluang untuk belajar.

Berdasarkan tinjauan dijalankan baru-baru ini, terdapat keperluan untuk lebih banyak kelas serupa diwujudkan di daerah Dilaram, Khasrud dan Chaharburjak. 

Sumber — Pajhwok

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...