Langkau ke kandungan utama

19,266 calon UPKK 2022 raih 8A


Mohd Na'im

PUTRAJAYA — Seramai 19,266 daripada 234,931 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 berjaya mencatat keputusan cemerlang A dalam semua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.

Mata pelajaran terbabit ialah Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab (Akhlak Islamiah); Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam; serta Amali Solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata 88 peratus calon mencatat lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.99 mata.

Beliau berkata kadar lulus bagi mata pelajaran Amali Solat ialah 100 peratus, diikuti Bidang al-Quran dan Penghayatan Cara Islam masing-masing 99 peratus; Jawi dan Khat (88 peratus); Adab (82 peratus); Ulum Syariah (79 peratus); serta Sirah dan Lughatul Quran masing-masing 78 peratus.

"Pencapaian ini menunjukkan kejayaan murid dalam menguasai ibadat solat, mengamalkan cara hidup Islam dan tilawah al-Quran dalam kehidupan harian," katanya pada majlis pengumuman keputusan UPKK 2022, di sini, hari ini.

Bagaimanapun Mohd Na'im berkata, terdapat sedikit penurunan peratusan lulus keseluruhan dan yang mendapat keputusan 8A berbanding UPKK 2019.

Namun beliau menjelaskan, prestasi UPKK 2022 tidak boleh dibandingkan dengan 2021 kerana peperiksaan pada tahun itu dibuat menggunakan modul berbeza.

Katanya  UPKK 2019 merekodkan seramai 44,066 pelajar daripada 223,705 calon yang menduduki peperiksaan itu mendapat 8A dengan 93 peratus lulus keseluruhan.

"Faktor pembelajaran dalam talian dan jumlah ketidakhadiran calon yang tinggi, iaitu 8,921 orang, antara faktor menyumbang kepada penurunan prestasi UPKK 2022.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan 'post mortem' (pascanilai) bagi mencari punca dan penyelesaian kepada masalah jumlah ketidakhadiran yang tinggi bagi UPKK 2022," katanya.

Seramai 464,605 calon, iaitu 222,528 murid Tahun Enam dan 242,077 lagi Tahun Lima, mengambil peperiksaan Modul Penilaian KAFA Tahun 2021 dengan sebanyak 95.37 peratus lulus keseluruhan.

Sumber — BH memetik Bernama

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...