KABUL — Kira-kira 190 warga Afghanistan dibebaskan dari penjara di wilayah Sindh Pakistan dan dihantar ke tanah air mereka, lapor Pajhwok Afghan News semalam, memetik Kedutaan Afghanistan di Islamabad.
Menurutnya, Kedutaan Afghanistan di laman Twitter menyatakan 190 banduan Afghanistan dibebaskan dari penjara wilayah Sindh berikutan usaha kedutaan dan Konsulat Afghanistan di Karachi.
"Kedutaan berkata setakat ini 1,893 banduan Afghanistan telah dibebaskan dari penjara Pakistan dan dihantar pulang ke negara itu dengan kedutaan dan konsulat menanggung perbelanjaan pengangkutan."