Pihak berkuasa Saudi tangkap 17 ribu pendatang tanpa izin dalam seminggu


RIYADH — Pihak berkuasa Saudi menahan hampir 17,000 orang dalam masa seminggu kerana melanggar peraturan pemastautin, pekerjaan dan keselamatan sempadan, menurut laporan rasmi.

Dari 2 hingga 8 Februari, seramai 10,059 orang telah ditangkap kerana melanggar peraturan pemastautin, manakala 4,176 ditahan kerana cubaan menyeberangi sempadan secara haram dan 2,546 lagi untuk isu berkaitan buruh.

Laporan itu menunjukkan bahawa antara 542 orang yang ditangkap kerana cuba memasuki negara secara haram, 43 peratus adalah Yaman, 55 peratus Ethiopia dan 2 peratus adalah warganegara lain.

Seramai 118 orang lagi ditangkap cuba menyeberang ke negara jiran dan 18 ditahan kerana terlibat dalam mengangkut dan melindungi penceroboh.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, sesiapa didapati membantu kemasukan haram termasuk mengangkut dan menyediakan tempat perlindungan, boleh berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun, denda sehingga SR1 juta ($260,000) atau rampasan kenderaan dan harta benda.

Pencerobohan yang disyaki boleh dilaporkan di nombor bebas tol 911 di wilayah Makkah dan Riyadh, dan 999 atau 996 di wilayah lain dalam negara.

SUMBER AN