![]() |
Masjid Khoja Ahmed Yasawi di Turkistan (Foto Astana Times) |
ASTANA – Penduduk Kazakhstan mencecah 19,765,004 juta setakat 1 Januari, menurut laporan Biro Perangkaan Kebangsaan Kazakhstan yang dikeluarkan pada 2 Feb.
Sepanjang tahun lalu, kadar pertumbuhan adalah 1.3 peratus atau sekitar 260,000 lebih orang setiap tahun.
Penduduk bandar merupakan majoriti negara, dengan hampir 12.2 juta (62 peratus) tinggal di bandar.
Manakala penduduk luar bandar berjumlah 7.5 juta (38 peratus).
Bandar Almaty dan wilayah Turkistan disenaraikan sebagai kawasan Kazakhstan paling ramai penduduk, melebihi 2 juta orang setiap satu. Ibu kota Kazakhstan mempunyai penduduk 1.3 juta orang.
Data rasmi mengenai nisbah jantina dan umur wilayah Kazakhstan dijangka pada 13 Februari, menurut biro itu.
SUMBER — Astana Times